ADS
story images
story images
mk-logo
Sukan
Faiz Subri ucap syukur, harap rakyat Malaysia undi
Diterbitkan:  Nov 22, 2016 1:44 PM
Dikemaskini: Nov 23, 2016 11:57 PM

Berada dalam senarai 10 pemain dicalonkan ke anugerah Puskas Fifa 2016, pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri meletakkan harapan besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Disebabkan pemilihan pemenang anugerah tersebut dibuat secara undian terbuka, Mohd Faiz mengharapkan undian daripada rakyat negara ini bagi membolehkannya mencipta sejarah muncul pemain pertama negara memenangi anugerah itu.

Faiz berkata, dia sememangnya tidak menjangkakan keputusan berkenaan dan berterima kasih kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan FAM kerana secara tidak langsung mengiktiraf jaringannya itu.

"Saya sangat bersyukur kerana dicalonkan, ini satu penghormatan yang tertinggi buat saya.

"Saya harap anda ( rakyat Malaysia) teruskan mengundi, Insyaallah sejarah akan tercipta kalau anda mengundi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

ADS

Malaysiakini Sukan malam tadi melaporkan, jaringan cantik yang dilakukan Faiz ketika bertemu Pahang Februari lalu dicalonkan dalam 10 senarai akhir Anugerah Puskas tahun ini.

Bersama sembilan pemain lain, Faiz dicalonkan sebaris dengan bintang bola sepak Barcelona Lionel Messi dan Neymar.

Fifa dalam kenyataan hari ini mengumumkan, undian untuk mencari pemenang Puskas Fifa 2016 dibuka hari ini sebelum pengundian ditutup kepada peminat bola sepak seluruh dunia pada 2 Disember ini.

ADS

Peminat boleh melakukan undian secara dalam talian di http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html.

Hanya 10 jaringan terpilih daripada beribu gol cantik yang dilakukan dari 30 September 2015 hingga 30 September tahun ini.

Video


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS