ADS
mk-logo
Berita
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri
Diterbitkan:  Apr 4, 2025 10:53 AM
Dikemaskini: 2:53 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 1 tengah hari.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah iaitu di Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling, serta daerah Hulu Perak di Perak.

Amaran sama turut diramalkan berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu; Pekan dan Rompin di Pahang serta di Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

Ia turut melibatkan Sabah iaitu di kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan serta Kudat (Kota Marudu).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS