ADS
mk-logo
Berita
‘Kilang simen di tengah hutan’ - Bung tuntut penjelasan k'jaan Sabah

Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan mengenai status projek pembinaan kilang simen yang dirancang di kawasan hutan di Tongod, Kinabatangan.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu, yang juga Adun Lamag, membangkitkan perkara tersebut semasa perbahasan ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman di persidangan DUN negeri hari ini.

“Saya dimaklumkan syarikat berkolaborasi dengan kerajaan negeri sudah mengundur diri, orang kampung kata ada aktiviti mengambil kayu balak.

"Jadi, saya mahu kerajaan jawab betulkah kilang simen itu tidak jadi," soal Bung Moktar.

Bung turut mengulangi bantahannya sebelum ini terhadap cadangan pembinaan kilang di kawasan tengah hutan yang tiada akses jalan raya, tiada bekalan elektrik dan air.

ADS

Dia mendakwa sebuah kilang sedia ada yang beroperasi dari Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) kini sedang berdepan kesukaran, justeru menimbulkan persoalan lanjut tentang kewajaran projek kilang simen yang dicadangkan di kawasan pedalaman Sabah itu.

"Kilang simen sedia ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pun mengalami kesukaran untuk bersaing, kenapa diwujudkan lagi kilang di tengah hutan.

"Kereta pun tidak boleh sampai, kena naik helikopter baru nampak dari atas," katanya.

Pada Ogos 2023, The Star melaporkan Hajiji menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara sebuah syarikat berkaitan kerajaan Sabah dan syarikat swasta untuk menubuhkan sebuah syarikat baru bagi membina serta mengendalikan kilang simen bersepadu.

Hajiji dijadual menyampaikan ucapan penggulungannya sebelum penutupan sidang Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, yang bermula hari ini sehingga 17 Mei — sesi terakhir sebelum pilihan raya negeri yang wajib diadakan tahun ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS