ADS
mk-logo
Berita
Kain rentang desak Samsuri letak jawatan jelas dibuat pihak luar - DHPP
Diterbitkan:  Mar 27, 2025 8:30 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu menegaskan pihak yang menaikkan kain rentang menentang Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar pastinya pihak luar, bukannya ahli parti. 

Ketua DHPP Terengganu Balachandran Gopal Krishnan berkata pemimpin dan ahli PAS tidak akan menggunakan "taktik kotor" seumpama itu.

“Lebih penting, PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa berpaksikan ajaran al-Quran dan Sunnah. 

“Ahli dan pimpinan PAS tidak akan terlibat dalam taktik kotor sebegini kerana perjuangan kami adalah berasaskan prinsip keadilan dan kebenaran. 

ADS

“Justeru, jelas bahawa perbuatan sebegini datang daripada pihak luar yang cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap kepimpinan negeri dan parti,” katanya dalam kenyataan.

Balachandran Gopal Krishnan

Balachandran yang juga pegawai khas Samsuri berkata demikian susulan tersebarnya 

Gopal, yang juga pegawai khas kepada Samsuri, berkata demikian susulan tersebarnya poster yang menggesa Samsuri meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu.

Pada Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Free Malaysia Today bahawa kepimpinan PASi di peringkat pusat dan negeri tiada sebarang masalah dengan Samsuri.

ADS

Tuan Ibrahim juga menyifatkan kain rentang itu sebagai "tindakan murahan" untuk merosakkan imej PAS, ekoran kejayaan parti itu mentadbir Terengganu.

Sementara itu, Balachandran menegaskan sebarang kritikan terhadap Samsuri, jika ada, harus disampaikan melalui saluran yang betul, dengan “hujah yang bernas dan berlandaskan fakta”.

“Jika ada pihak yang merasa terancam, itu lumrah dalam politik. Namun, jika benar ingin bersaing, buktikan dengan prestasi dan idea yang lebih baik—bukan dengan taktik murahan seperti kain rentang penuh emosi tanpa asas yang kukuh,” katanya lagi.

Katanya lagi, tindakan menaikkan kain rentang itu mencerminkan ketidakmampuan berhujah secara intelektual.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS