ADS
mk-logo
Berita
Lelaki berpistol rompak kedai emas di Kota Damansara

Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira lima petang itu, lelaki berkenaan yang memakai topeng muka serta baju berhud mengacukan pistol ke arah pekerja premis terbabit sebelum melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta.

Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan. 

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS