ADS
mk-logo
Berita
12 judul buku dikenakan perintah larangan oleh MKI
Diterbitkan:  Mar 21, 2025 11:56 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-125 memutuskan sebanyak 12 buku dikenakan Perintah Larangan Kementerian Dalam Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Nooh Gadot, berkata 12 buku itu ialah:

  • The Goal of The Wise (Abdullah Hashem Aba al-Sadiq);

  • Memahami dan Menyingkapi Tradisi Tuhan - Kebangkitan yang Dibenci tapi Dirindui (Ahmad Mesiyyakh);

  • Manusia Sebelum Adam (Luqmanul Hakim Abdul Razak);

  • ADS

    Suhuf Abraham (tanpa penulis & tahun terbit);

  • Suka Duka Perjalanan Dhul Qarnain (tanpa penulis & tahun terbit);

  • Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa (Ahmet T Kuru);

  • Perikatan Ulama - Negara Punca Autoritatianisme dan Kemunduran Dunia Muslim (Ahmet T Kuru);

  • Golongan Muslim Pertama, Sejarah dan Memori (Asma Afsaruddin);

  • Jalan Kebenaran Universal (tanpa penulis & tahun terbit);

  • Duhai Hati - Menarilah Bersamaku (Ismail Ariffin @ Lepat);

  • Kaidah Moral dan Disiplin (tanpa penulis & tahun terbit); dan

  • Penemuan Terbaru Akidah Bersanad Imam AI-Shafi’i (Sadr al-Din Abu al-Wafa’ Sulayman bin Yusuf al-Yasufi).

“Semua 12 buku dibentangkan mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (aI-Asya’irah aI-Maturidiyyah), syariah dan akhlak Islam yang dapat mengelirukan masyarakat Islam.

“Oleh itu, buku-buku berkenaan perlu diharamkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nooh turut mengingatkan semua umat Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan apa-apa terbitan berkenaan isi kandungan buku-buku tersebut.

Katanya ketetapan itu dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI yang bersidang pada 24 hingga 26 Sept tahun lalu bagi membincangkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Media Berunsur Islam (JPMBI) ke-96.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS