ADS
mk-logo
Berita
Fasa peralihan monsun dijangka sehingga Mei
Diterbitkan:  Mar 20, 2025 4:23 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Fasa peralihan monsun yang menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 25 Mac ini dan akan berterusan sehingga Mei.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata semasa fasa tersebut rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Katanya keadaan tu boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak.

"Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan.

ADS

Orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS