ADS
mk-logo
Berita
Bantuan khas Aidilfitri - Kita belum nak beraya lagi, kata Fahmi
Diterbitkan:  Mar 19, 2025 4:52 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini tidak membincangkan mengenai bantuan khas kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam, kata jurucakap kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Dia bagaimanapun berkata, masih ada masa sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

“Masih ada masa tapi tak dibincangkan (BKK Aidilfitri) hari ini. Kita belum nak beraya lagi,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.

Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menyalurkan bantuan itu kepada penjawat awam bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan itu.

Presidennya, Adnan Mat berkata pihaknya berharap agar kerajaan meneruskan tradisi pemberian bantuan itu, yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas.

ADS

Menurutnya, walaupun memahami bahawa penjawat awam baru sahaja menikmati kenaikan gaji, namun, tradisi pemberian bantuan khas itu menjelang Aidilfitri setiap kali adalah satu inisiatif yang amat dihargai dan dinanti-nantikan oleh mereka.

Selain itu, Adnan berkata apabila penjawat awam mempunyai lebihan kewangan untuk berbelanja, kesan limpahan ekonomi juga dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, termasuk usahawan kecil, peniaga makanan serta sektor perkhidmatan lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS