ADS
mk-logo
Berita
URA jamin hak pemilik, nilai pampasan lebih adil, kata PM
Diterbitkan:  Mar 19, 2025 1:10 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa mengikut Akta g Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dicadangkan, pemilik asal yang terjejas akan mampu untuk memiliki semula rumah yang telah diperbaharui semula itu.

Katanya, tidak seperti sekarang yang pampasan berdasarkan nilai hartanah semasa, pemilik terjejas akan mendapat pampasan berdasarkan nilai hartanah berdasarkan masa hadapan.

Tunku Nashrul Abaidah

Dalam mesej yang disampaikan oleh setiausaha akhbar kanannya Tunku Nashrul Abaidah, Anwar berkata pampasan juga termasuk bayaran sewaan kediaman transit, bayaran ex-gratia renovasi hartanah sedia ada dan bayaran-bayaran lain bagi membantu sara hidup pemilik sepanjang tempoh pembinaan.

“Ini bermakna tidak benar persepsi mengatakan undang-undang URA ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera hilang tempat di bandar, atau undang-undang ini memberi keutamaan kepada pemaju.

ADS

“Sebaliknya URA ni digubal untuk melindungi hak pemilik dengan memastikan pampasan yang adil dan jauh lebih tinggi berbanding sekarang,” kata Nashrul semasa taklimat oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Ini juga bagi memastikan golongan miskin bandar khususnya orang Melayu hidup bermaruah dan bukannya dibiarkan hidup berhimpit selama puluhan tahun tanpa penyelesaian, katanya.

Dia menambah bahawa rang undang-undang itu juga adalah penyelesaian konkrit kepada konflik berpanjangan antara rakyat dan pemaju yang berlaku sejak sekian lama.

“Ini bermakna tidak benar persepsi mengatakan undang-undang URA ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera hilang tempat di bandar atau undang-undang ini memberi keutamaan kepada pemaju,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS