ADS
mk-logo
Berita
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan
Diterbitkan:  Oct 27, 2024 5:35 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

Beliau yang juga perdana menteri berkata pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

Anwar berkata keputusan untuk tidak menangguhkan pemilihan diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik parti semalam, memandangkan penangguhan tidak diperlukan kerana tarikh jangkaan untuk Pilihan Raya Umum ke-16 masih jauh.

“Ada keperluan membina generasi dalam kalangan angkatan muda, wanita. Mereka mesti diberi lebih ruang, cabang-cabang juga begitu, jadi kita harus melihat kemungkinan menyegerakan pemilihan parti.

“.. tetapi tidak dengan cara dahulu, hiruk pikuk dan kacau bilau.

ADS

"Kena ikut peraturan, jadi kita sedang kaji (mekanisme pemilihan),” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perasmian Konvensyen Keadilan Perak di Ipoh hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS