Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pertikaian Akmal, Teresa hanya ‘wayang opera Cina’ - Chegubard

PRK MAHKOTA | Pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin membandingkan perang mulut antara Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dengan ahli Parlimen DAP Teresa Kok sebagai lakonan semata-mata.

Badrul mendakwa serangan Akmal ke atas Kok berhubung isu pensijilan halal hanyalah untuk menarik undi Melayu dan Cina.

Ini kerana Akmal tidak berkata apa-apa apabila pengasas KK Mart Chai Kee Kan menyertai rombongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Uzbekistan sebelum ini, katanya.

“(Pertelingkahan) Akmal dan Kok adalah wayang opera Cina untuk PRK Mahkota.

“Kok nak tarik undi Cina, Akmal nak tarik undi Melayu,” katanya dalam ceramah di Kampung Tengah, Kluang malam tadi.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan sedang menimbang untuk mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan babi dan alkohol.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi namun Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata kabinet pada 18 September lalu memutuskan dasar sedia ada berkenaan pensijilan halal dikekalkan, iaitu dibuat secara sukarela.

[Baca berita asal]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS