ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan ungkit salah Jamal Yunos, doakan dia sihat - Dr M
Diterbitkan:  Mar 28, 2025 12:05 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menegur pihak yang menggesa pemimpin akar umbi Umno Jamal Md Yunos yang sedang menderita penyakit barah meminta maaf kepadanya.

Mahathir berkata, perkara itu tidak perlu diungkit, lebih-lebih lagi apabila saudara seislam sedang menghadapi kesukaran.

“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” katanya.

Mahathir Mohamad
ADS

Kesihatan Jamal, ketua Umno bahagian Sungai Besar, semakin merosot selepas sel barah yang sebelum ini berada di paru-paru merebak ke otak, dengan saiz kira-kira 3 sentimeter.

Penghidap barah tahap empat (akhir) itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang.

Jamal dilaporkan berkata dia mengetahui perkara itu setelah menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI) kerana sakit leher dan kepala ketika memasak di rumah.

Kesihatannya mula merosot sejak September 2022, menyebabkan dia semakin lemah dan mengalami penurunan berat badan.

Jamal antara pengkritik keras Mahathir ketika dia masih bersama Bersatu dan menjadi perdana menteri kali kedua pada 2018.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS