Seorang wanita warganegara India berumur 48 tahun tertimbus dalam lubang kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akibat kejadian tanah jerlus.
Kejadian berlaku di Hadapan Malayan Masion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Operasi menyelamat masih dijalankan.
“Unit Storm (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian.
“Maklumat selanjutnya akan dikemas kini dari masa ke semasa,” kata komander operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar dalam kenyataan.
Pasukan operasi dikerahkan dari balai bomba Titiwangsa serta bantuan dari balai bomba Hang Tuah dengan kekuatan 15 orang anggota sebagai pemberi bantuan awal.