Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Letupan di hospital Gaza, lebih 500 rakyat Palestin maut
Diterbitkan:  Oct 18, 2023 11:09 AM
Dikemaskini: 5:10 AM

GLOBAL | Dianggarkan 500 rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan ke atas sebuah hospital di Gaza semalam, menurut Reuters.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza mendakwa insiden itu ekoran serangan udara Israel.

Bagaimanapun tentera Israel mendakwa letupan di Hospital Arab al-Ahli itu berpunca daripada kegagalan pelancaran roket oleh kumpulan Jihad Islam Palestin.

Insiden keganasan dan pertumpahan darah terbaru ini telah mencetuskan protes di Tebing Barat dan sekitar Timur Tengah.

Al-Jazeera memetik jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang mengecam serangan udara itu sebagai "penghapusan kaum" dan "malapetaka kemanusiaan".

Abbas juga dilaporkan menarik diri daripada pertemuan yang dijadualkan dengan Presiden AS Joe Biden, yang dijangka tiba di rantau itu hari ini.

Insiden itu turut dikecam oleh beberapa negara jiran termasuk Jordan dan Mesir.

Kemelut terbaru ini bermula pada 7 Oktober lalu dan dipercayai telah meragut lebih 4,000 nyawa setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.

"Hospital itu sedang beroperasi, ada pesakit dan kakitangan kesihatan, dan orang kehilangan tempat tinggal yang berlindung di situ.

"Hospital itu adalah salah satu daripada 20 hospital di utara Semenanjung Gaza yang berdepan arahan pemindahan oleh tentera Israel.

“Arahan pemindahan mustahil untuk dibuat memandangkan keadaan tidak selamat, pesakit kritikal yang ramai dan kekurangan ambulans, kakitangan, kapasiti katil dan tempat perlindungan alternatif bagi mereka yang dipindahkan.

"WHO menyeru perlindungan aktif serta-merta bagi orang awam dan pihak kesihatan. Perintah pemindahan mesti ditarik balik. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dipatuhi, yang bermaksud penjagaan kesihatan mesti dilindungi dan tidak menjadi sasaran," kata WHO.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS