Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPN: Laporan khas orang tanpa kerakyatan tidak tepat
Diterbitkan:  Sep 22, 2023 8:34 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Beberapa maklumat dan informasi yang dilaporkan portal Malaysiakini dalam siri khas Hari Malaysia ‘Merungkai Isu Golongan Tiada Kerakyatan Di Malaysia’ bertarikh 15 hingga 22 Sept lalu, adalah tidak tepat, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JPN menjelaskan berdasarkan siri kedua laporan tersebut bertajuk ‘Lewat Dapat Rawatan HIV, Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Maut’ , menyatakan kesukaran dihadapi Andy untuk mendapatkan rawatan sebagai seorang yang tiada kerakyatan menunjukkan masalah birokrasi dalam JPN di Sabah, adalah tuduhan tidak berasas sama sekali.

“Permohonan Kewarganegaraan adalah sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuatkuasa.

“JPN tidak pernah mendiskriminasi mana-mana permohonan yang diterima. Setiap fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh pemohon akan diteliti mengikut syarat-syarat perundangan dan prosedur yang telah ditetapkan sebelum keputusan dikeluarkan,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.


BACA BERKAITAN:

Suhakam: Hospital Lahad Datu tertekan tangani pesakit tanpa kerakyatan

Bayi dirampas: Bagaimana ibu tiada kerakyatan 'hilang' anak di hospital Sabah

'Bayi dirampas' - Dr Zaliha akan lawat Hospital Lahad Datu


JPN Turut memaklumkan bagi siri kelima yang bertajuk ‘Golongan Tanpa Kerakyatan Bakal Diusir Dari Tapak Sampah’ yang mendakwa golongan tanpa kerakyatan dihalang untuk mendaftarkan kelahiran oleh JPN Lahad Datu, juga adalah tidak benar.

“Untuk makluman, semua kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dan sijil kelahiran akan dikeluarkan sama ada dengan maklumat taraf sebagai warganegara ataupun bukan warganegara.

“Sama sekali tiada halangan untuk ibu bapa bukan warganegara untuk mendaftarkan anak masing-masing,” katanya.

Menurut kenyataan itu, JPN sentiasa mengambil kira elemen kebajikan dan kemanusiaan pihak yang berurusan di jabatan itu namun dalam masa sama menjadi tanggungjawab dan keutamaan JPN mematuhi Perlembagaan, perundangan dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa ketika melaksanakan tugas bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

- Bernama


BACA BERKAITAN:

Prosedur ISO JPN punca ribuan orang tiada kerakyatan - Senator

Tak mampu bayar bil hospital, ibu bunuh diri bersama bayi


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS