ADS
mk-logo
Berita
Shaiful Hazizy dipilih jadi calon BN di Tanjung Dawai
Diterbitkan:  Jul 24, 2023 5:20 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

BN melengkapkan percaturan mereka untuk cuba menguasai Kedah dalam pilihan raya negeri (PRN) bulan depan dengan pengumuman calon bagi kerusi Tanjung Dawai.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu bersetuju meletakkan ketua penerangan mereka untuk Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, sebagai calon.

"Dengan mandat yang diamanahkan oleh pengerusi BN, diumumkan calon bagi kerusi DUN N26 Tanjung Dawai Kedah, ialah Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

"Pengumuman ini menggenapkan jumlah keseluruhan 108 kerusi yang bakal ditandingi oleh BN dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini," katanya dalam kenyataan.

Pada malam pengumuman Jumaat lalu, BN mengosongkan nama calon bagi kerusi DUN Tanjung Dawai, sebaliknya presiden pagi itu, Ahmad Zahid Hamidi hanya menguar-uarkan 107 yang lain.

ADS

Dipercayai nama bagi kerusi berkenaan tidak diumumkan kerana pemimpin Umno masih belum memuktamadkannya.

Dalam PRN bulan depan BN bertanding di 15 daripada 36 kerusi DUN Kedah, manakala selebihnya diwakili PH.

Dalam kenyataan yang sama hari ini Asyraf Wajdi turut menyampaikan penghargaan Umno atas kebersamaan yang ditunjukkan PH sehingga pembahagian kerusi selesai.

"Saya juga mewakili BN merakamkan penghargaan kepada PH atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Dawai," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS