Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun Sungkai terima permohonan maaf akhbar harian lepas menang saman
Diterbitkan:  Mar 11, 2023 11:41 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Adun Sungkai A Sivanesan menerima dua permohonan maaf secara terbuka daripada akhbar bahasa Inggeris The Star dan wartawannya yang diterbitkan dalam akhbar harian itu hari ini.

Ini berlaku selepas dia memenangi saman fitnahnya terhadap mereka serta seorang petani pada September 2022 yang antara lain menetapkan perintah mahkamah untuk penerbitan permohonan maaf dan penarikan balik artikel fitnah berkenaan.

The Star hari ini menerbitkan dua artikel bagi pihak syarikat dan wartawan Foong Pek Yee memohon maaf dan menarik balik laporan bertajuk "Farmers angered as farms are bulldozed", "Pakatan promised to help us resolve land issues, say villagers” dan “Wee: Farmers who lost their farmland deserve answer”.

Artikel tersebut pertama kali diterbitkan pada Ogos 2018 di akhbar dan The Star Online.

September lalu, Sivanesan memenangi RM320,000 sebagai ganti rugi dalam saman fitnah itu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan The Star Media Group dan Foong membayar bekas Exco Perak itu masing-masing RM200,000 dan RM70,000.

Poh Wai Sheng, seorang petani dari Kampung Baharu Kuala Bikam di Perak, diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000.

Artikel berkenaan menyorot petani di Kampung Baharu Kuala Bikam yang melahirkan kebimbangan bahawa lebih 76.9 hektar tanah dengan pokok buah-buahan dijentolak oleh sebuah syarikat perlombongan pasir.

Menurut Sivanesan, kerajaan negeri sebelum ini memberikan permit kepada Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd untuk mengangkut pasir silika keluar dari kampung itu.

Menurutnya, kawasan perlombongan pasir yang berkaitan telah diduduki oleh petani yang mengendalikan ladang secara haram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS