Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lantik Nurul Izzah salah dari segi moral - Hassan Karim
Diterbitkan:  Jan 30, 2023 12:40 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi perdana menteri.

Anggota parlimen lantang Pakatan Harapan (PH) itu berkata ketika penyokong gabungan itu bertanya padanya berkaitan perkara itu, dia menjawab:

"Legally right but morally wrong. (Betul dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral.)”

Pemuda Bersatu hari ini mempersoalkan tadbir urus Perdana Menteri Anwar Ibrahim  dengan “segala macam jawatan lantikan bertaraf penasihat” ketika pembentukan kabinet lebih kecil.

Nurul Izzah Anwar

Jawatan itu juga didakwa bercanggah dengan kedudukan menteri ekonomi Rafizi Ramli.

Badan pemikir Pusat Pendidikan Pasaran (CME) pula berkata Nurul Izzah tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan.

Menurut CME, walaupun kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi jawatan penasihat dan kaunselor.

Anwar kelmarin mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Anwar berkata, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Anwar yang turut memegang portfolio kewangan berkata dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang itu, begitu juga dengan ramai pemimpin yang pernah memegang jawatan menteri.

Anwar merupakan pelajar jurusan Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Malaya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS