mk-logo
Berita
Hujan berterusan diramal di Sabah, Sarawak dan Labuan hingga Isnin
Diterbitkan:  Dec 24, 2022 3:02 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di utara dan beberapa daerah di pantai timur Sabah mulai hari ini hingga Isnin (26 Dis).

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 1.40 tengah hari tadi, daerah terkesan adalah Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.

Amaran hujan berterusan mulai hari ini hingga Isnin juga dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Di Sabah melibatkan kawasan pantai barat dan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort sementara di Sarawak melibatkan Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS