Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kastam nafi serbu Invoke, dakwa cuma serah notis
Diterbitkan:  Nov 17, 2022 11:38 AM
Dikemaskini: 4:26 AM

Kastam juga nasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya keluarkan kenyataan berdasarkan khabar angin yang boleh menjejaskan kewibawaannya.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menafikan pihaknya melakukan serbuan terhadap syarikat Invoke Solutions yang diasaskan oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Jabatan Kastam pada satu kenyataan yang disiarkan Utusan Online berkata anggotanya ke pejabat itu hanya untuk menyampaikan notis.

Kata agensi penguatkuasaan itu, ia cuma pemberitahuan untuk pemeriksaan dokumen yang berkaitan dengan Cukai Perkhidmatan di mana syarikat ini telah berdaftar dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Pemeriksaan ke atas dokumen yang akan dibuat adalah prosedur rutin bagi tujuan verfikasi audit serta khidmat nasihat ke atas Pengisytiharan Penyata SST-02 yang telah dibuat oleh pihak syarikat.

“Tiada sebarang serbuan yang dibuat oleh JKDM ke atas Syarikat Invoke Solution sehingga ke hari ini,”

Jabatan Kastam juga menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berdasarkan khabar angin yang boleh menjejaskan kewibawaannya.

Pada sidang media semalam, Rafizi berkata SPRM telah melakukan serbuan kedua terhadap Invoke manakala dia mendakwa Jabatan Kastam pula telah menghantar notis untuk melakukan perkara yang sama.

Calon parlimen Pandan itu yakin tindakan sedemikian merupakan penganiayaan politik yang bertujuan untuk mengubah sentimen terhadap Pakatan Harapan sebelum hari pengundian pada 19 Nov.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS