Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengangkutan awam bawah RapidKL percuma sebulan

Pengangkutan awam di bawah RapidKL akan memberikan perkhidmatan secara percuma selama satu bulan, bermula hari ini.

Ia merangkumi LRT, MRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika pelancaran MRT aliran Putrajaya Fasa 1 hari ini.

"Sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama satu bulan bermula hari ini," kata Ismail.

Dalam pada itu, Ismail turut memaklumkan KTM Komuter laluan Lembah Klang juga akan memberi perkhidmatan percuma sepanjang tempoh yang sama.

"Selain RapidKL, KTM Komuter di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan Lembah Klang juga akan dapat tambang percuma selama sebulan," katanya.

Dia berharap perkara itu akan menggalakkan orang ramai untuk terus menggunakan pengangkutan awam, termasuk selepas tamat tempoh tambang percuma itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS