Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hampir 100 rumah di Bahau rosak dilanda ribut
Diterbitkan:  Apr 13, 2022 5:45 AM
Dikemaskini: Apr 13, 2022 4:16 AM

Hampir 100 rumah penduduk di beberapa taman perumahan di sekitar Bahau, Jempol, dekat sini termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, mengalami kerosakan akibat dilanda hujan lebat dan ribut petang semalam.

Komander Operasi BBP Bahau Muhamad Rasul Hashim berkata kejadian kira-kira pukul 2.45 petang hingga 4 petang itu, mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk tercabut diterbangkan angin kuat, serta ada rumah yang ditimpa pokok tumbang.

“Ini termasuk di sekitar Taman Bahau, Kampung Baru Indah, Taman Penaga, Taman Merbau dan sekitar pekan Bahau, selain beberapa laluan utama di sekitar kawasan berkenaan turut ditutup sementara, susulan pokok yang tumbang itu.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa dilaporkan cedera akibat kejadian berkenaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban.

Beliau berkata pihaknya turut memantau keadaan rumah penduduk yang terjejas, dan menasihatkan mereka supaya sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya elektrik dan runtuhan, selain memaklumkan segera kepada pihak berkuasa sebarang kejadian yang berlaku.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS