Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agong berkenan terima menghadap Ismail Sabri
Diterbitkan:  Sep 1, 2021 12:09 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang pertama menerusi sidang video di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama 30 minit bermula 8.30 pagi.

"Sesi hari ini juga adalah yang pertama kali bagi Datuk Seri Ismail Sabri sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

"Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan," menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS