Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam dibenar masuk pejabat sementara bagi kerja pentadbiran

Peguam kini boleh memohon kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) untuk memasuki sementara ke pejabat firma guaman mereka bagi kerja-kerja pentadbiran.

Pengamal undang-undang yang bercakap dengan Malaysiakini hari ini memberikan reaksi berbeza-beza berhubung kebenaran itu, sama ada akses yang diberikan selama tiga hari itu boleh membantu kerja mereka dalam mewakili individu yang terlibat dalam kes jenayah atau sivil.

Melalui surat pekeliling daripada Majlis Peguam bertarikh 23 Jun, para peguam diberitahu bahawa mereka sekarang boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian kepada BHEUU untuk mendapatkan kebenaran memasuki pejabat firma guaman mereka.

Sebelum ini pada 18 Jun, Malaysiakini melaporkan Majlis Peguam  mencadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan firma undang-undang di seluruh negara beroperasi semula dengan kapasiti separuh bagi membantu melindungi hak orang ramai mendapatkan akses undang-undang.

Sepanjang tempoh total lockdown yang merupakan sebahagian daripada perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) ketika ni, firma undang-undang pada umumnya tidak dianggap sebagai perkhidmatan penting dan perlu ditutup sebagai langkah memerangi penularan wabak Covid-19.

Ini termasuk firma undang-undang yang mengkhususkan dalam kes-kes jenayah.

Pada 1 Jun, Malaysiakini melaporkan kebimbangan peguam bahawa penutupan firma undang-undang di seluruh negara sepanjang tempoh PKP akan meletakkan situasi sukar bagi tahanan untuk mendapatkan peguam bagi mewakili mereka.

Pada 2 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, hanya firma undang-undang yang terlibat dalam perkhidmatan undang-undang korporat dan sektor perkhidmatan penting  dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, bersama dengan syarikat, kilang atau perniagaan berkaitan perkhidmatan penting yang mereka wakili.

Takiyuddin juga berkata hanya peguam yang mewakili anak guam yang menghadapi tuduhan baru, permohonan perintah reman dan permohonan kes jenayah dibenarkan hadir di mahkamah sepanjang tempoh lockdown.

Bercakap dengan Malaysiakini, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar menegaskan bahawa perkembangan terbaru itu masih tidak dapat menyelesaikan isu bahawa peguam sekurang-kurangnya perlu buat sementara waktu memasuki pejabat firma guaman mereka bagi mempersiapkan kes anak guam mereka di mahkamah.

Dia berkata, ini kerana kebenaran selama tiga hari itu hanya untuk membolehkan kerja-kerja pentadbiran diselesaikan dan bukannya persiapan menghadapi kes mahkamah seperti pertemuan tatap muka dengan anak guam untuk memahami masalah mereka.

Peguam tersebut, yang arif dalam kes sivil itu, berkata kebenaran selama tiga hari itu hanya membolehkan pengamal undang-undang mengakses pejabat untuk memproses perkara berkaitan dengan kewangan seperti tuntutan, gaji dan pembayaran bil.

“Hanya apabila peguam boleh buat kerja di sana (akses pejabat untuk mempersiapkan kes-kes anak guam) akan ada pendapatan (dari anak guam) untuk pejabat membayar semua (urusan pentadbiran).

"Sekiranya pejabat dibuka semata-mata untuk urusan pentadbiran, maka dari mana pendapatan untuk pentadbiran datang, jika tidak daripada pekerjaan itu  dilakukan oleh peguam," katanya.

Bagaimanapun, peguam Chan Yen Hui, yang mengkhususkan kes  jenayah, berpendapat bahawa kebenaran sementara waktu itu masih membantu anak guam melakukan penyediaan kemas kini mengenai status kes-kes tersebut.

"Saya akan jawab ya, seperti menyiapkan kemas kini atau status kes kepada anak guam yang ada dalam kes jenayah," katanya.

Chan menambah, pada masa ini dia masih boleh mempersiapkan kes anak guamnya dari rumah kerana mempunyai bahan rujukan undang-undang untuk dirujuk.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS