Kerajaan sedang meneliti penggunaan kata "militan" untuk merujuk pejuang Palestin oleh The Star.
Seorang pengguna Twitter telah mengadu tentang penggunaan kata tersebut, mendorong Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengatakan bahawa dia akan meneliti masalah tersebut.
"Saya akan cek (periksa) segera," katanya pada ciapan di Twitter.
Ini selepas petikan yang digunakan untuk laporan video berkaitan pertempuran terbaru antara Palestin dan Israel.
Keterangan itu berbunyi: "Israel melakukan ratusan serangan udara di Gaza pada Rabu dan militan Palestin menembak banyak roket di Tel Aviv dan bandar selatan Beersheba dalam permusuhan paling sengit di wilayah itu sejak bertahun-tahun".
Semalam, Saifuddin mendedahkan Berita Mandarin RTM juga diberi surat tunjuk sebab kerana menyebut Hamas sebagai "radikal".
Media Malaysia tidak menggunakan perkataan "pengganas" untuk merujuk kepada kedua-dua belah pihak dalam konflik berpanjangan itu.
Untuk rekod, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.