Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Qatar pada Ahad menyatakan sokongannya ke atas Palestin dan berpendapat konflik yang berpanjangan dengan Israel perlu diselesaikan dengan mengatasi puncanya, lapor agensi Anadolu.

"Negara Qatar menegaskan kedudukannya terhadap isu Palestin, iaitu mengakhiri pendudukan Israel dan menubuhkan negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara dalam kerangka legitimasi antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan yang sah serta relevan dengan memberikan hak kepada semua pelarian Palestin untuk kembali,” menurut Agensi Berita Qatar memetik kenyataan Kementerian Luar negara itu.

"Adalah amat dikesali apabila melihat kempen media yang mengelirukan dengan cuba mencampur-adukkan isu dan memutarbelitkan imej Qatar dengan mengorbankan persaudaraan rakyat Palestin, dan hak mereka yang sah dalam menentukan sejarah konflik ini.

Laporan itu menyatakan, Qatar akan berusaha sedaya-upaya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin sehingga mereka memperoleh hak sah mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Israel secara rasmi menandatangani perjanjian dengan perwakilan Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu majlis di Rumah Putih yang dipengerusikan oleh Presiden Donald Trump.

Bahrain menjadi negara Arab keempat yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel setelah Mesir pada 1979, Jordan pada 1994, dan UAE pada Ogos.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS