Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Tiada OCPD, ketua polis negeri 'dipegang' tauke judi
Diterbitkan:  Aug 18, 2020 8:39 PM
Dikemaskini: 12:39 PM

Tiada Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Negeri ‘dipegang’ oleh tauke judi bagi mengatur perpindahan dan penempatan mana-mana pegawai dan anggota polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau sekeras-kerasnya menafikan perkara berkenaan malah menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dan mengamalkan sifar toleransi terhadap kegiatan perjudian.

“Saya sering mengingatkan semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada semua peringkat pengarah jabatan PDRM sehingga ke peringkat Ketua Polis Daeah agar tidak sesekali terlibat dengan mana-mana kegiatan atau sindiket perjudian.

"Dakwaan pengaruh sindiket ini hingga boleh mengaturkan pegawai-pegawai tertentu untuk menduduki sesuatu jawatan itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata perkara melibatkan perpindahan penempatan pegawai dan anggota polis akan dibincangkan bersama Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah) dan 10 pengarah jabatan PDRM.

“Ini termasuklah dalam menentukan kedudukan mana-mana pegawai dan anggota polis setelah diadakan perdebatan, perbincangan dan komen termasuk penilaian oleh satu jawatankuasa dari Jabatan Pengurusan yang menilai kesesuaian dan potensi seseorang dinaikkan pangkat atau diletakkan ke satu-satu jawatan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS