Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Israel serang kedudukan Hamas di Gaza
Diterbitkan:  May 6, 2020 12:40 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

GLOBAL l Rejim Israel pada Rabu melancarkan serangan yang mensasarkan kumpulan penentang Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.

Tiga pos pengawal di utara dan tengah Gaza milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas, diserang tentera Israel.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah Israel.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS