Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Sekatan AS terhadap Iran langgar undang-undang a'bangsa

GLOBAL | Sekatan Amerika Syarikat yang dikenakan terhadap Iran melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada suatu persidangan di Qatar pada Sabtu.

"Malaysia tidak menyokong tindakan AS untuk mengenakan semula sekatan secara sepihak terhadap Iran," katanya pada majlis Forum Doha yang dihadiri Emir Qatar, Tamim Hamad Al-Thani.

Malaysia dan negara-negara lain kehilangan "suatu pasaran besar" kerana sekatan terhadap Iran, katanya.

"Sekatan sebegini jelas melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa; sekatan yang boleh dikenakan oleh PBB selaras dengan piagamnya," katanya lagi.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS