Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ada pihak dalam PKR sudah lupa landasan, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengkritik sejumlah dalam parti itu yang menurutnya lupa akan perjuangan parti itu.

Walaupun tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, ia dilihat seperti kritikan terhadap timbalannya Mohamed Azmin Ali.

"Kadang-kadang ada yang lupa...Bukan dalam parti lawan, tapi dalam PKR pun ada...Sebab mereka sudah lupa landasan.

"Mereka lupa perjuangan ini bukan untuk jaga satu dua orang, bukan nak jamin kedudukan satu dua orang sebagai menteri.

"Bukan 'siapa sokong aku dapat projek, siapa tak sokong tak dapat'. Ini perangai buruk Umno dulu yang kita nak betulkan," katanya ketika berucap di Kongres Otai Reformis di Shah Alam, hari ini.

Ucapan itu beberapa hari selepas pertemuan sejumlah anggota parlimen PKR dan BN di kediaman rasmi Azmin pada Isnin lalu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang tiada di pertemuan itu, berkata beliau diberitahu ia hanya untuk membincangkan soal penyaluran projek-projek kerajaan ke kawasan mereka.

Pertemuan itu mencetuskan spekulasi dengan ada yang berkata ia bagi menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan juga penubuhan parti baru.

Bagaimanapun mereka yang hadir konsisten menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu Anwar menggesa semua pihak agar bersabar dalam isu peralihan jawatan perdana menteri dan berkata beliau mahu ia berjalan secara aman.

"Saya pilih peralihan aman. Kita beri ruang kepada Mahathir untuk memimpin dan pulihkan ekonomi agar peralihan boleh berlaku secara lancar dan tanpa masalah.

"Itu pendirian saya dan saya minta anda semua bersabar. Saya tidak risau," katanya lagi, sambil berkata soal itu terletak di tangan Majlis Presiden PH.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS