Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembahagian harta pengasas Amazon, bekas isteri terbesar dalam sejarah
Diterbitkan:  Apr 5, 2019 3:05 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

GLOBAL | Penceraian pengasas Amazon dan individu terkaya di dunia Jeff Bezos dan isterinya Mackenzie Bezos mencatatkan penyelesaian harta sepenceraian terbesar dalam sejarah.

Melalui penyelesaian yang dicapai semalam, Jeff mendapat 75 peratus daripada saham milik mereka dalam syarikat itu, manakala Mackenzie mendapat baki 25 peratus dengan nilai AS$36 bilion (RM146.95 bilion).

Mackenzie pula akan menyerahkan semua sahamnya dalam The Washington Post dan firma penerokaan angkasa Blue Origin kepada bekas suaminya, menurut Forbes hari ini.

Jeff, 55, dan Mackenzie, 48, yang merupakan seorang penulis novel berkahwin pada 1993 dan mempunyai empat orang anak.

Dalam pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, Amazon yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$890 bilion (RM3.63 trilion) berkata, Mackenzie akan mengawal 4 peratus saham syarikat tersebut.

Harga pasaran saham terkini di Amazon bernilai sekitar AS$35.6 bilion (RM145.31 bilion).

"Saya bersyukur proses penceraian dengan Jeff telah selesai, dengan sokongan sesama kami dan semua orang yang turut berbaik hati dengan kami.

"Saya tidak sabar dengan rancangan selepas ini. Saya menghargai masa lalu, pada masa sama teruja dengan apa yang akan datang di hari esok," kata Mackenzie di Twitter.

Jeff dan Mackenzie mengumumkan perpisahan mereka Januari lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS