Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Doktor rugi lebih RM5,000, ditipu polis palsu

Seorang doktor wanita di sini kerugian RM5,500 diperdayakan oleh seorang individu menyamar sebagai Polis dari Muar,Johor pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa yang berusia 27 tahun dihubungi individu berkenaan bernama Irwan Hapis bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar menggunakan telefon bimbit 016-8556592.

"Mangsa diberitahu terlibat dalam kes langgar lari melibatkan sebuah kereta sewa yang didaftar atas nama mangsa namun mangsa menafikan dakwaan tersebut kerana tidak pernah ke Johor,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa terus disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Makmur yang mendakwa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas mangsa kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kes dadah.

"Mangsa diarahkan untuk membayar RM5,500 untuk menangguhkan kes dan pada hari Isnin pukul 12.58 tengahari mangsa telah memindahkan wang ke akaun bank atas nama Mohd Shah Rizal,"katanya.

Namun selepas pemindahan dilakukan mangsa menyedari ditipu membuat laporan polis semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS