Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes rusuhan kuil: 55 direman bantu siasatan
Diterbitkan:  Dec 3, 2018 4:56 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman antara dua hingga tujuh hari terhadap 11 lagi individu menjadikan jumlah yang ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman seramai 55 orang.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 18 hingga 50 tahun itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Sementara itu, perintah reman selama tiga hari dilanjutkan terhadap lapan lagi suspek yang tempoh remannya tamat hari ini bagi membantu siasatan kes sama.

Antara 55 individu yang direman sejak Selasa lalu adalah tiga pekerja termasuk penasihat undang-undang syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd.

Dalam kejadian awal pagi Isnin minggu lalu, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS