ADS
mk-logo
Berita
Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Selasa

Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam (km/j) dan ombak setinggi lebih 3.5 meter dijangka melanda perairan Phuket, Condore, Reef North dan Palawan sehingga Selasa ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) hari ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang sedang melanda kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Labuan serta perairan barat Sabah juga dijangka berterusan sehingga 1 pagi nanti.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan air,” menurut kenyataan itu.
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS