Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM soal Justo lebih 5 jam
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 8:26 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo menghabiskan masa selama lima jam ditemuramah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berkaitan siasatan terhadap 1MDB.

Menurut The Star, warga Switzerland itu berjanji untuk terus membantu Malaysia dalam segala cara, termasuk memberi keterangan dalam perbicaraan di sini.

"Anda memerlukan orang seperti saya, yang tahu kronologi peristiwa dengan baik dan individu yang terlibat dalamnya, untuk menapis data.

"Terdapat maklumat yang sangat penting seperti dokumen urus niaga yang berguna untuk siasatan, serta mesej peribadi antara kakitangan yang kita tidak perlukan," katanya.

Maklumat itu berkaitan tugas Justo dengan PetroSaudi dan 230,000 e-mel yang diperolehnya sebelum meninggalkan syarikat pada tahun 2011.

Justo akhirnya menyerahkan e-mel itu kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan seorang pengamal media dari Malaysia dalam usaha mendapatkan semula sejumlah AS$ 2 juta yang dihutang oleh bekas majikannya.

Berikutan itu, laporan mengenai AS $ 1 bilion yang dilaburkan oleh 1MDB mula terbongkar, termasuk AS$ 700 juta yang diseleweng dari usaha sama dengan PetroSaudi, yang mencetuskan siasatan mengenai perjanjian itu.

"Anda mesti tahu bahawa ia berlaku sembilan tahun yang lalu dan sukar untuk melalui semua e-mel dari cakera keras. Ia sesuatu yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibaca," kata Justo seperti yang dipetik oleh The Star.

"Malah 20 orang tidak akan dapat melakukan tugas ini dengan cepat jika mereka tidak mempunyai pengetahuan dalaman dan saya boleh membantu," katanya.

Justo juga dilihat berada di Malaysia lewat bulan lepas dan mengadakan beberapa pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS