Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Datin Seri Endon meninggal dunia
Diterbitkan:  Oct 20, 2005 9:15 AM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Endon Mahmood kembali ke rahmatullah pada jam 7.55 pagi ini. Allahyarhamah mengembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Datin Seri Endon, 64 tahun, yang menghidup penyakit barah payudara, kembali daripada rawatan di Amerika Syarikat sebelum bulan puasa, dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Putrajaya.

Allahyarham dibawa pulang ke kediaman Perdana Menteri hujung minggu lalu, sebelum menghembus nafas terakhirnya pagi ini. Berada di sisinya ialah Abdullah, anak-anaknya Kamaluddin dan Nori serta menantu, Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin dan empat cucunya. Turut bersama ialah ibu Allahyarham, Datin Mariam Abdullah.

Antara yang terawal melawat jenazah beliau ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri dan menteri-menteri kabinet. Orang ramai boleh melawat jenazah Datin Seri Endon mulai pukul 11 pagi ini.

Allahyarham dikesan mengidap barah payu dara pada tahun 2002 selepas saudara kembarnya, Noraini disahkan mengidap penyakit tersebut. Noraini meninggal dunia pada Januari 2004.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Precinct 20, Putrajaya selepas solat Asar di Masjid Putrajaya.

Pemergian Allahyarham mengejutkan seluruh negara. Rakyat bersedih dan berkabung manakala stesen-stesen radio dan televisyen memainkan bacaan ayat-ayat Al-Quran.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS