ADS
mk-logo
Berita

Malaysia akan berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara berpendapatan tinggi jika kadar pertumbuhan semasanya dikekalkan, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Bagaimanapun, katanya, ada aspek lain yang perlu diambil kira selain pertumbuhan ekonomi untuk meletakkan sesebuah negara mencapai status maju.

"Pada pandangan saya, jika ekonomi tumbuh pada kadar lima peratus secara berterusan kita dapat mencapat matlamat ditetapkan Bank Dunia pada 2020.

"Tetapi saya fikir ada langkah-langkah lain yang menjadikan sesebuah negara mencapai ekonomi maju iaitu dari segi pemikiran masyarakat.

"Saya rasa ini sesuatu yang kita perlu usahakan dengan lebih gigih," katanya semasa bercakap dengan pengamal media hari ini.

ADS

Abdul Wahid menghadiri pertemuan dengan wartawan anjuran Institut Akhbar Malaysia di Kuala Lumpur.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelumnya diminta memberi pandangan mengenai keadaan semasa ekonomi negara dan kemampuan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Untuk mencapai status itu Bank Dunia menetapkan kadar perkapita keluaran dalam negara kasar (KDNK) domestik mestilah pada tahap AS$15,000.

Kata Abdul Wahid pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dijangka mencapai tahap lebih baik berbanding tahun lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS