ADS
mk-logo
Berita
Dr M: Fokus protes BERSIH terhadap PM, bukan Soros
Diterbitkan:  Nov 5, 2016 4:27 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini menumpukan kepada protes BERSIH terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding pembiayaan organisasi itu yang didakwa ada kaitan dengan jutawan George Soros.

“Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.

“Buat masa ini saya hanya fokuskan dengan tunjuk perasaan pada Najib dan tidak terlibat dengan punca kewangan kumpulan ini," Mahathir dipetik sebagai berkata dalam laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, dakwaan mengenai pembiayaan Soros itu bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH5 pada 19 November itu.

"Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan BERSIH nanti,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana.

ADS

Perhimpunan BERSIH 5, antara lain menggesa peletakan jawatan Najib berhubung skandal 1MDB. Najib bagaimanapun menafikan salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Open Society Foundations (OSF) yang dikaitkan Soros berkata, ia memberikan geran kecil untuk BERSIH pada 2011 dan 2012 tetapi tidak lagi membiayai organisasi itu.

Kumpulan baju merah, yang diketuai Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menuduh pembiayaan OSF bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

OSF menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa  tujuannya adalah untuk menyokong keadilan, kebertanggungjawaban dan amalan demokrasi di seluruh dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS