Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akmal jawab PKR: Cermin dulu bila diri sendiri penuh tahi
Diterbitkan:  Apr 18, 2025 12:24 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berang dengan kenyataan anggota akar umbi PKR yang mengingatkan supaya tidak membawa budaya Umno ke dalam parti itu.

“Bila diri sendiri yang penuh tahi tapi acah-acah baik dan salahkan parti orang lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Akmal mengulas laporan Malaysiakini , semalam yang memetik bekas setiausaha PKR Cabang Batu, Yuslaini Azmi yang mengingatkan parti itu supaya tidak mencontohi budaya Umno.

Kata, ketua Pemuda Umno itu, bahawa rasuah bukan mengenai parti tetapi sebaliknya bergantung kepada individu.

“Kalau (kamu) tahi, ke mana pergi pun tetap jadi tahi tidak boleh jadi permata.

“Jadi bawa cermin, cermin diri dulu sebelum tuduh parti orang lain,” kata Akmal.

Semalam, bekas setiausaha PKR cabang Batu, Yuslaini Azmi mengingatkan parti itu agar tidak membawa budaya Umno ke dalam PKR.

Ia susulan video tular yang mengaitkan seorang anggota Srikandi PKR Wilayah Fatin Izzaty Muhammad dengan pemberian wang kepada pengundi yang dipercayai bertujuan meraih undi semasa proses pemilihan parti.

Dalam video yang disunting itu, kedengaran Fatin sebagai berkata, bahawa Ketua PKR Batu sekarang P Prabakaran - yang disokongnya - akan mengagihkan wang kepada penyokongnya.

Katanya, duit raya RM100 akan diberikan sebelum mengundi dan RM100 lagi semasa mengundi.

“Kalau kita menang ada jackpot, jangan risau,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Fatin berkata, penyebaran video itu sekarang jelas bertujuan untuk memburukkannya.

"Sebenarnya itu budak-budak di kawasan saya yang selalu saya bantu, bagi duit minyak, bagi duit tambah nilai telefon. Saya memang selalu bantu mereka.

"Bukan perkara baru saya bantu orang kawasan ini khususnya anak muda, boleh tanya mereka. Ini bukan untuk tujuan beli undi bagi pemilihan parti,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS