Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi 14 parti komponen.

Beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa pilihan raya umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.

"Bila seorang calon BN dipertandingkan, ahli dari 14 parti (komponen) yang lain akan sokong calon itu dan parti lawan akan selalu kalah.

"Ini kerana parti lawan masing-masing fikir tentang parti masing-masing tak fikir bagaimana parti nak bersatu padu, sebab itu tak boleh capai kemenangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat Perak di Lumut hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS