ADS

Tindakkan tegas perlu diambil mengikut segala peruntukkan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuang barang sesuka hati di bangunan bertingkat.

Ini susulan kematian yang melibatkan seorang remaja lelaki selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kerusi pejabat yang tepat mengenai kepalanya.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana tindakkan membuang barangan dari bangunan boleh membawa kecederaan parah serta kematian kepada pihak mangsa.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak polis perlu bekerjasama untuk memberi penerangan kepada semua penduduk dan penghuni bangunan bertingkat supaya menghormati undang-undang dan peraturan sedia ada serta tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menyusahkan kehidupan orang sekeliling.

Para penduduk dan penghuni bangunan bertingkat perlu didedahkan kepada segala jenis peruntukkan undang-undang mengenai perkara ini serta hukuman berta yang sedia menanti sekiranya mereka melangarnya.

Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, beberapa langkah proaktif boleh diambil seperti memasang jeriji disetiap bangunan bertingkat kecuali dipintu-pintu masuk, keluar serta di pintu kecemasan.

Selain itu, lebih banyak laluan khas para pejalan kaki yang mempunyai bumbung harus disediakan.

Poster-poster serta notis yang memberi peringatan keras terhadap semua penduduk dan penghuni bangunan supaya tidak membuang sebarang jenis barangan dari bangunan perlu diberikan kepada setiap penduduk serta penghuni bangunan bertingkat.

Ia juga perlu ditampal di setiap dinding bangunan bertingkat supaya setiap individu ketahui mengenainya. Tindakkan yang keras juga perlu diambil terhadap mana-mana ibu bapa atau penjaga yang didapati gagal atau cuai menjaga anak-anak yang membuang barangan dari bangunan bertingkat.

Isu yang berlaku ini tidak boleh dipandang ringan. Semua pihak perlu membuka mata dan minda mereka supaya isu sebegini tidak berlaku dalam negara kita demi keselamatan semua pihak.


DR MUZAFFAR SYAH MALLOW adalah pensyarah kanan di Fakulti Syariah & Undang-undang (FSU),Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS