Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penceraian antara musibah dan nikmat: Farid, Diana mungkin rujuk kembali
Diterbitkan:  Sep 15, 2023 2:43 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Walaupun beranggapan dugaan pencerahan seperti musibah, pelakon Farid Kamil memberi bayangan dia dan bekas isterinya, Diana Danielle mungkin akan kembali rujuk.

Melalui Instagram Story (IGs), Farid mengiringi video Diana ditemu bual oleh sebuah portal hiburan dengan emoji lelaki dilamun cinta dengan bentuk ‘love’.

“Walaupun apa yang terjadi adalah satu musibah. Ia sebenarnya kalau dilihat, merupakan satu nikmat juga,” kata Farid.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Beeson pula berkata, mereka akan membuat keputusan berhubung hal itu secepat mungkin.

Pelakon Imaginur itu malah menyatakan dia akan membiarkan Farid yang tampil membuat penjelasan berhubung perkara itu nanti.

“Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan... tapi taklah perlahan sangat.

“Tapi nak berikan sebarang perkembangan ketika ini, saya fikir biarlah Farid yang melakukannya kerana he’s the man,” katanya sambil tersenyum.

Pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Menurut Diana, 31, dia dan Farid ketika ini masih mempertimbangkan bagaimana kehidupan mereka selepas ini sekiranya benar-benar ingin merujuk kembali.

Katanya, keputusan itu perlu merangkumi setiap segi. 

“Kami pun sedang memikirkan bagaimana kehidupan kami antara satu sama lain lagi.

"Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi di masa hadapan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS