Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Konsortium Boost dan RHB Bertekad Untuk Meningkatkan Keterangkuman Kewangan di Malaysia dengan Lesen Bank Digital
Diterbitkan:  Apr 29, 2022 10:09 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

KUALA LUMPUR, 29 April 2022 – Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata Group Berhad (Axiata) dan Kumpulan Perbankan RHB (RHB) hari ini mencapai mercu jaya penting dengan kejayaan mendapatkan lesen bank digital (DBL) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 

Pada bulan Jun tahun lepas, pakatan antara Boost dan RHB untuk membentuk konsortium Bank Digital telah diumumkan, dengan Boost memegang kepentingan majoriti 60%, dan RHB memiliki baki 40% dalam Bank Digital yang bertujuan mempelopori inovasi, meningkatkan daya saing dan mempercepatkan usaha transformasi digital negara. 

Untuk memenuhi kriteria utama yang ditetapkan oleh BNM, kedua-dua pihak akan menggabungkan kepakaran kukuh mereka dalam bidang-bidang khusus – iaitu pengalaman luas Boost dalam teknologi kewangan dan pengetahuan mendalam RHB dalam perkhidmatan perbankan dan pengurusan risiko, untuk membina rangkaian penyelesaian perbankan digital dan kewangan yang lengkap, mampu milik dan mudah diakses. Matlamatnya ialah untuk meluaskan keterangkuman kewangan secara digital kepada segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Mengulas mengenai perkembangan ini, Dato’ Izzaddin Idris, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata dan juga Pengerusi Boost berkata, “Pencapaian ini amat penting bagi perniagaan teknologi kewangan Axiata dan membuktikan nilai kukuh yang ditawarkan bersama rakan kerjasama kami, RHB Banking Group. Perniagaan perbankan digital ini menepati aspirasi kami untuk menyokong transformasi digital Malaysia, dan juga melanjutkan usaha Axiata untuk meningkatkan keterangkuman digital di peringkat serantau.”

“Kejayaan mendapatkan lesen di Malaysia membuka pelbagai peluang untuk memenuhi keperluan peralihan pendigitalan di seluruh perniagaan kami. Dari satu sudut, kami kini dapat melibatkan segmen yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan sebelum ini, seperti komuniti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang gigih bertumbuh, untuk merangsang pemulihan ekonomi negara. Pada masa yang sama, kami juga boleh memainkan peranan aktif untuk memenuhi permintaan daripada pangkalan pengguna kami yang semakin berkembang yang kini mahukan pengalaman yang lebih menyenangkan dan selamat apabila menggunakan kemudahan perbankan dan kredit. Lesen ini juga memperkukuhkan pengalaman dan keupayaan Boost untuk meneroka peluang serantau dalam segmen pertumbuhan tinggi ini.” 

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost berkata, “Di Boost, kami amat teruja dan sukacita dengan pengumuman oleh BNM hari ini. Bank digital akan menjadi pemangkin yang meluaskan keterangkuman kewangan, sejajar dengan misi teras kami untuk memperkasakan dan menyokong keperluan kewangan pengguna dan peniaga. Penganugerahan lesen bank digital kini memenuhi wawasan kami untuk menjadi syarikat fintech spektrum penuh di rantau ini untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Sebagai salah satu daripada pelopor industri, kami menantikan perjalanan menarik ini untuk membina ekosistem digital dan kewangan yang terangkum bagi seluruh rakyat Malaysia bersama RHB menerusi bank digital ini.” 

Mohd Rashid Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB berkata, “Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama yang membuka lembaran baharu dalam sejarah industri perkhidmatan kewangan di Malaysia. Lesen Perbankan Digital yang diberikan kepada RHB dan rakan kerjasama kami Axiata menandakan satu langkah penting dalam usaha kami untuk terus meningkatkan nilai yang kami tawarkan dan menambah baik perkhidmatan kepada pihak-pihak berkepentingan, khususnya untuk menyediakan perkhidmatan kewangan berkualiti kepada lebih ramai pelanggan, dan dalam hal ini, pelanggan yang dimaksudkan ialah  perniagaan dan individu yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan di Malaysia. Pelanggan bersama kami akan mendapat kemudahan kredit secara digital dengan selamat dan pantas. Usaha ini selaras dengan komitmen jenama RHB untuk menawarkan pengalaman yang mudah, pantas dan lancar. Kami bersedia untuk memainkan peranan kami dalam merencanakan evolusi industri ke dalam era perbankan digital yang serba menarik ini, dan untuk memastikan kemajuan dapat dinikmati oleh semua pihak.” 

Dr. Siew Chan Cheong, Ketua Pegawai Strategi RHB menambah selanjutnya, “Membina sebuah bank digital yang berjaya bagi pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan di Malaysia bermakna operasi kami perlu lebih serasi dengan kehidupan harian pelanggan untuk memastikan bank digital mudah diakses dan sedia membantu apabila mereka memerlukannya. Perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja harus mudah digunakan, tetapi juga menjanjikan tahap kebolehpercayaan dan tanggungjawab yang tinggi.  Dengan kerjasama Boost, kami percaya bank digital yang kami bina bersama akan menawarkan semua kemudahan ini. Bank digital ini juga memperlihatkan komitmen dan kesungguhan RHB untuk mempelopori inovasi dalam perkhidmatan kewangan Malaysia.”

Bersiap Sedia Untuk Bank Digital 

Dalam tempoh beberapa tahun lepas, Boost telah membina asas dan mendirikan komponen penting bagi bank digital, satu daripadanya menerusi Boost Credit, sebuah perniagaan besar yang menyediakan khidmat pinjaman. Hasil daripada usaha ini, syarikat fintech tersebut telah memperolehi kumpulan pelanggan yang celik digital dengan cerapan terdorong data yang mendalam, yang membolehkannya menyediakan perkhidmatan serba baharu untuk merangka tawaran nilai kukuh yang menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Boost telah membuat pelaburan besar untuk membina platform teknologi dan berharap dapat melancarkan perkhidmatan tersebut dalam tempoh terdekat. 

Sehubungan itu, RHB membawa keyakinan yang telah dibina selama bertahun-tahun di kalangan pelanggan dan pihak berkuasa kawal selia kepada konsortium. RHB juga mempunyai kepakaran yang terbukti dalam bidang-bidang perbankan penting, termasuk perkhidmatan perbankan teras, pengurusan risiko dan pematuhan, kecairan, pengurusan modal, operasi dan kredit, pengurusan produk dan pembiayaan bertanggungjawab. Kedua-dua pihak juga akan menggunakan model Agile@Scale RHB untuk penyampaian pantas dan produktiviti lebih tinggi dan juga membina produk digital yang mantap seperti kejayaan yang dicapai oleh produk inovatif sedia ada seperti aplikasi RHB MyHome, e-Penyelesaian PKS RHB, Pembiayaan Dalam Talian PKS (aplikasi pinjaman PKS Digital Dipacu Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia),  RHB Reflex dan penyelesaian pendaftaran eKYC. 

Boost juga telah menandatangani MOU dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) pada bulan Jun tahun lepas menerusi anak syarikatnya, Boost Credit, dengan matlamat menyediakan jaminan bank digital, dan merupakan penerima lesen bank digital pertama untuk bekerjasama dengan CGC. MOU ini merangkumi dua bahagian penting – pertama ialah komitmen untuk melanjutkan Jaminan Portfolio bagi pembiayaan Bank Digital tertumpu kepada PMKS pada masa depan, dan kedua melibatkan kerjasama dengan CGC untuk mendapatkan rujukan bagi menyediakan pembiayaan kepada PMKS yang berlayak tanpa jaminan. 

Masa Depan Perbankan Digital di Malaysia

Dengan pengumuman pemberian lima lesen perbankan digital, Malaysia kini bersedia untuk menawarkan pengalaman perbankan digital serba baharu. Perkembangan ini juga mencerminkan keyakinan terhadap penyelesaian perbankan digital di peringkat global, dengan hampir 250 bank digital telah ditubuhkan di serata dunia di akhir 2020. Daripada jumlah tersebut, 50 bank digital berpangkalan di rantau Asia Pasifik. Penerimaan terhadap penyelesaian perbankan digital telah meningkat dengan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini. 

Menurut kajian Visa Consumer Payment Attitudes 2021, lebih 74% daripada rakyat Malaysia maklum tentang perbankan digital dan 66% berminat untuk menggunakan perkhidmatan perbankan digital. Ini jelas dilihat di RHB, dengan 93% daripada semua transaksi adalah urus niaga digital pada 2021, satu lonjakan besar berbanding 64% pada 2017.

Mengenai Boost

Boost merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Kami menggabungkan fintech, data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pengguna dan peniaga yang semakin meningkat dan berkembang di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menjadi penyedia spektrum penuh fintech di Asia Tenggara. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama: 

Boost Life

Platform eDompet pengguna yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa. 

Boost Biz

Segmen untuk para peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, alat perniagaan dan solusi digitalisasi.

Boost Credit

Sebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia.

Boost Connect

Sebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan perniagaan pengewangan digital dan penyedia ekosistem platform pembayaran pertumbuhan pelanggan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif.  

Pengguna boleh memuat turun Boost di Google Play Store, App Store dan HUAWEI AppGallery.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myboost.com.my, portal berita (Newsroom)atau ikut Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp/) ataupun Instagram (instagram.com/myboostapp/).

About Axiata 

As one of the leading telecommunications groups in Asia in pursuit of its vision to be The Next Generation Digital Champion by 2024, Axiata has transformed itself from a holding entity with a portfolio of pure-play mobile assets into a Triple Core Strategy driven business focusing on Digital Telco, Digital Businesses and Infrastructure.

 

Within ASEAN and South Asia, the Group has controlling stakes in market-leading mobile and fixed operators in the region including 'Celcom' in Malaysia, 'XL' in Indonesia, 'Dialog' in Sri Lanka, 'Robi' in Bangladesh, 'Smart' in Cambodia and 'Ncell' in Nepal. Axiata is actively spearheading efforts to transform its mobile-centric operations into digital converged companies.

 

Axiata Digital, the digital services arm of Axiata is focused on two digital business verticals namely Digital Financial Services ('Boost') and Digital Analytics & AI ('ADA').

 

'edotco', the Group's infrastructure company, operates in eight countries to deliver telecommunications infrastructure services, amassing approximately 42,227 owned and managed towers. Presently among the top 10 independent tower companies globally, edotco aims to be one of the top regional telecommunications tower companies and is committed to responsible and sustainable business operations.

 

As a committed and long-term investor, and in line with its sustainability goals, the Group actively supports and drives young talent development; disaster response and recovery; as well as green initiatives. Axiata's broader goal of Advancing Asia aims to piece together the best in the region in terms of innovation, connectivity and talent.

Mengenai Kumpulan Perbankan RHB

Kumpulan Perbankan RHB (“RHB”), dengan RHB Bank Berhad sebagai syarikat induk, adalah salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu terbesar di Malaysia. Perniagaan teras RHB disusun menjadi enam tonggak perniagaan utama, iaitu Perbankan Runcit Kumpulan, Perbankan Perniagaan & Perbankan Transaksi, Perbankan Borong Kumpulan, Perniagaan Syariah Kumpulan, Perniagaan Antarabangsa Kumpulan dan Insurans Kumpulan. 

Perbankan Komuniti Kumpulan merangkumi Perbankan Runcit dan Perbankan PKS, manakala Perbankan Borong Kumpulan merangkumi Perbankan Pelaburan Kumpulan, Perbankan Korporat Kumpulan, Perbendaharaan Kumpulan & Pasaran Global, Pengurusan Aset Kumpulan, Perbankan Komersial, Perbankan Transaksi dan Ekonomi.

Kesemua lima tonggak perniagaan ditawarkan melalui RHB Bank Berhad dan anak syarikat utama - RHB Investment Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Insurance Berhad, sementara pengurusan aset dan perniagaan unit amanahnya dilakukan oleh RHB Asset Management Sdn. Bhd. dan RHB Islamic International Asset Management Berhad. 

Kehadiran serantau RHB kini merangkumi sembilan negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja, Vietnam, PDR Laos dan Myanmar.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rhbgroup.com


Kandungan ini disediakan oleh Boost Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS