Jenama kopi Tongkat Ali dan Ginseng pracampur no.1 Malaysia, Power Root Marketing Sdn Bhd membongkar rahsia terbesar kopi tersohor mereka – Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng.
Pendedahan pertama yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan duta baharu Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng iaitu Faizal Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI. Selebriti terkemuka tanahair itu kemudiannya berkongsi pengalaman beliau tentang bagaimana beliau memperolehi faedah daripada hanya meminum kopi Tongkat Ali dan Ginseng.
“Ya, memang saya penggemar kopi. Malah, saya telah cuba pelbagai jenis kopi kerana saya beranggapan kesemua kopi adalah sama. Namun, jauh panggang dari bara. Bila saya mula mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini, saya dapati khasiatnya memang luar biasa. Maksud saya, walaupun ia hanyalah secawan kopi, tetapi setelah saya minum kopi ini, saya dapat rasakan perbezaannya. Saya lebih bertenaga dan lebih fokus. Bukan sahaja di siang hari, malah sehingga ke malam. Di situlah saya tahu yang kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini memang kopi luar biasa dan tiada kopi 3-dalam-1 setandingnya. Sejak daripada itu, saya tidak akan mulakan hari saya tanpanya. Jadi, itulah rahsia yang saya ingin kongsikan kepada semua.” – FAIZAL BIN ISMAIL, Duta Alicafe
Beliau menceritakan bahawa beliau merupakan penggemar kopi dan telah mencuba pelbagai jenis kopi 3-dalam-1 selama ini. Pada Faizal, semua kopi adalah sama sehinggalah beliau mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng
Faizal kemudian mendedahkan bahawa penglibatannya sebagai duta Alicafe bukanlah rahsia yang sebenarnya. Sebaliknya, beliau menerangkan mengapa kopi Tongkat Ali dan Ginseng itu bukan sekadar kopi biasa.
Oleh kerana kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng merupakan kopi pracampur 5-dalam-1, kopi ini mengandungi dua bahan tambahan yang menakjubkan. Selain daripada menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi, ia juga mengandungi Tongkat Ali dan juga Ginseng. Kedua-dua bahan ini merupakan pemangkin kepada khasiat yang luar biasa. Tongkat Ali dapat membantu meningkatkan tenaga secara keseluruhan dan dapat membantu mengekalkan fokus minda. Ginseng pula merupakan bahan antioksidan, dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif dan menguatkan tubuh supaya dapat menentang serangan penyakit. Menurut Faizal, itulah yang membezakan kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng daripada kopi lain diluar sana.
Rahsia disebalik kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng adalah pada khasiatnya. Ia dapat membantu kita mengharungi cabaran harian dengan lebih baik dengan kebaikannya. Berikut adalah kebaikkannya:
Setelah berkongsi faedah kopi Tongkat Ali dan Ginseng. Faizal mempersembahkan dua rakaman iklan TV dan radio terbaru dari Alicafe dan juga memperkenalkan slogan baharu mereka iaitu “Secawan Khasiat.Setiap Kali”.
Bagi melakunkan semula watak di dalam salah sebuah iklan radio yang dirakam baru baru ini, Faizal membacanya semua dengan lorat Kelantan. Tambahnya lagi, beliau telah berlatih bersungguh-sungguh dan berharap penyampaiannya dalam bahasa Kelantan tidak akan mengecewakan peminat-peminatnya.
“Nikmatiloh ye luar biaso haghi ini. Alicafe. Secawe Khasiat. Setiap Kali.” – FAIZAL BIN ISMAIL
Slogan baharu “Secawan Khasiat. Setiap Kali” bersesuaian dengan nilai teras kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng. Ia memberi penekanan kepada keistimewaan kopi ini dan khasiat luar biasa yang terkandung didalamnya. Ia membuatkan penggemar kopi befikir sejenak sebelum mereka berhajat untuk mencuba kopi yang lain diluar sana. Inilah bukti bahawa kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng bukan sebarang kopi. Ia kopi luar biasa.
Sepanjang berlansungnya sidang media tersebut, para hadirin dari pihak media dan rakan perkongsian, telah dihidangkan dengan dua varian terbaru kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng iaitu Karamel dan Lebih Pekat.
Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Karamel
Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Lebih Pekat
Kesemua siri kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng telah disahkan Halal oleh JAKIM.
Khasiat luar biasa kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng boleh didapati di kesemua pasar raya besar dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.
Sebagai penutup, Rahsia tentang mengapa Kopi Tongkat Ali dan Ginseng itu bukanlah sekadar kopi biasa kini terbongkar.
Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng.
Secawan Khasiat. Setiap Kali.
“Tahun lalu kami melancarkan dua varian baharu iaitu Karamel dan Lebih pekat. Semenjak itu, jualan kami telah meningkat. Kami percaya para pengguna kini lebih arif dengan kualiti kopi pilihan mereka. Mereka kini dapat membezakan antara kopi yang berkualiti tinggi berbanding kopi yang biasa di luar sana. Sebagai kopi pracampur Tongkat Ali dan Ginseng nombor satu di Malaysia, nama Alicafe kini telah terpahat didalam ingatan setiap penggemar kopi sebagai kopi yang luar biasa. Pembongkaran “Rahsia” kami pada hari ini secara tidak langsung bertujuan untuk memperingati pengguna di luar sana supaya memastikan setiap cawan kopi mereka itu dipenuhi dengan khasiat luar biasa ini.” - Tengku Shamsulbhari, Pengerusi Power Root Marketing Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut, lawat kami di: