ADS
mk-logo
Berita
PRK Ayer Kuning: Pusat penamaan calon ditutup 10 pagi
Diterbitkan:  Apr 12, 2025 10:12 AM
Dikemaskini: 2:32 AM

Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka di Tapah ditutup pada 10 pagi ini, selepas dibuka selama sejam bermula 9 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

ADS

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 25 April.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS