ADS
mk-logo
Berita
Bursa M'sia FBM KLCI susut 65 mata tengah hari ini
Diterbitkan:  Apr 7, 2025 1:04 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan kerugian ketika rehat tengah hari, susut sebanyak 65 mata daripada pembukaan pada paras 1,439.

Dalam dagangan awal hari ini, Bursa Malaysia diniagakan rendah, merosot di bawah paras 1,500 mata, menjejaki prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan dan ketidaktentuan dalam pasaran global.

Penurunan ini di tengah-tengah kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan tercetusnya perang perdagangan secara menyeluruh dengan Amerika Syarikat, yang sedang menggugat pasaran di seluruh rantau ini.

Pasaran saham China, Jepun dan India turut mencatatkan kejatuhan pada hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS