ADS

Sebanyak 87 buah rumah yang terlibat dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini telah diisytiharkan sebagai musnah sepenuhnya, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Amirudin berkata lot-lot yang dikenal pasti itu didapati tidak lagi boleh didiami akibat kerosakan teruk yang dialami semasa kebakaran yang berlaku pada 1 April.

“Dari segi kerosakan kepada rumah-rumah pula, Jawatankuasa ini telah mendapati bahawa sejumlah 87 buah rumah yang mengalami kerosakan ‘total loss’ dan tidak boleh didiami.

“Selain itu, sebanyak 148 buah rumah yang terjejas dan mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan,” katanya pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat bersama jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS