ADS
mk-logo
Berita
Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Hari Isnin
Diterbitkan:  Mar 30, 2025 8:08 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, pada Isnin 31 Mac.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman tersebut.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025," katanya pada satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat selepas usaha melihat anak bulan yang dijalankan selepas waktu maghrib pada malam ini.

Aktiviti mencerap anak bulan tersebut telah dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS