ADS
mk-logo
Berita
Jangan simbah minyak ke dalam api - speaker
Diterbitkan:  Mar 30, 2025 12:22 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyeru semua pihak berhenti dan sentiasa berwaspada dalam mengeluarkan sebarang komen atau pendapat yang boleh mencetus ketegangan serta merosakkan keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.

Beliau berkata setiap pandangan perlu dipastikan berdasarkan fakta yang betul terlebih dahulu dan bukannya dilontarkan sewenang-wenangnya yang hanya akan ‘menyimbah minyak ke dalam api yang membara’.

“Kalau inilah cara kita bertindak, amat berbahaya. Sebab itu, berlaku adillah pada diri dan masyarakat. Pastikan fakta yang betul terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Program Bantuan Beras Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kepada 3,333 asnaf sempena Aidilfitri di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah di Taman Seri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Presiden PRESMA Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

-- Bernama 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS