ADS
mk-logo
Berita
Banjir di Johor pulih, PPS terakhir tutup 6 petang

Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Batu Pahat ditutup pada 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga.

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu, Batu Pahat dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan kediaman masing-masing didapati selamat.

“Bagaimanapun, Jabatan Metereologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.24 meter.

ADS

Sejak 19 Mac lepas banjir di Johor menjejaskan enam daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat dengan jumlah mangsa melebihi 13,000 orang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS